Tuesday, September 23, 2008

Barisan pegawai kadet senior batch 06/07

Barisan pegawai kadet senior batch 06/07 bakal ditauliahkan pada 2009.Segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan semasa tempoh 3 tahun bermula dari peringkat junior sehingga peringkat senior tidak sia-sia selepas sahaja ditauliahkan nanti. Selepas sahaja ditauliahkan kesemua pegawai kadet senior akan mendapat pangkat sebagai leftenan muda didalam tentera. Namun begitu selepas tauliah masih banyak perkara harus diteruskan , tidaklah berhenti setakat itu sahaja, selepas sahaja ditauliahkan para pegawai muda boleh memohon untuk menyertai angkatan tentera samada siri 500 khas untuk Askar Wataniah atau pun terus menyertai angkatan tentera tetap inilah peluang yang ada kepada pelajar-pelajar IPTA yang bergiat aktif di dalam PALAPES , bukan sahaja mendapat segulung ijazah dari IPTA malah mendapat watika pertauliahan yang ditauliahkan oleh Yang Di Pertuan Agong.Semoga perjuangan tidak berakhir di tengah jalan dalam menjadi modal insan yang berguna kepada negara dan masyarakat.

Jurulatih Paling Best !


Sesi pembelajaran dan pengajaran di markas palapes UTHM, umpama guru , jurulatih juga memainkan peranan penting dalam organisasi palapes itu sendiri.Jurulatih memberikan penerangan yang cukup , melatih para pegawai kadet tentang
prinsip-prinsip ketenteraan,cara mengendalikan senjata termasuk membuka dan memasang senjata tersebut.Selain daripada itu jurulatih juga mendidik dan memimpin para pegawai kadet yang bakal menjadi pegawai muda kelak. Melalui kemahiran dan pengalaman yang mereka ada dengan itulah mendidik para pegawai kadet agar menjadi pegawai muda yang berkaliber dan mapan. Semangat yang ditunjukkan oleh jurulatih untuk melatih dan mendidik para pegawai kadet tidak pernah luntur umpama perbidalan ini "tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan".Demi keamanan dan kedaulatan negara perjuangan ini belum selesai biar bemandi peluh tapi jangan mandi darah di medan pertempuran kelak.

Monday, September 22, 2008

Kawad Kawalan Konvokesyen


Kawad kawalan konvokesyen ini merupakan kawad khusus sempena majlis konvokesyen universiti . Sudah menjadi lumrah pegawai kadet palapes UTHM melibatkan diri dalam kawad kawalan konvokesyen .Ianya sebagai tanda perasmian Majlis Konvekesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang dirasmikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ,Batu Pahat Johor.